Site icon TechNave BM

Xiaomi 14 Ultra akan dilancar pada 22 Februari 2024, mungkin bersama EV SU7

Selepas pelbagai spekulasi, akhirnya Xiaomi mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar andalan yang seterusnya, Xiaomi 14 Ultra, iaitu pada hari Khamis, 22 Februari 2024 jam 7:00 malam di China (sama waktu dengan Malaysia). Ini adalah lebih awal pelancaran siri Xiaomi 14 untuk pasaran antarabangsa yang akan berlangsung pada 25 Februari 2024.

Xiaomi mengatakan ini adalah majlis pelancaran pertama olehnya yang bertemakan “manusia, kereta dan persekitaran rumah.” Ini mungkin bermaksud bahawa Xiaomi akan turut melancarkan kenderaan elektriknya yang pertama iaitu Xiaomi SU7. Kenderaan tersebut telah pun diperkenalkan buat kali pertama pada bulan Disember lalu, namun kali ini ia mungkin akan dilancar untuk penjualannya di China.

Xiaomi juga sudah menunjukkan rekaan Xiaomi 14 Ultra yang tidak banyak berbeza dengan Xiaomi 13 Ultra sebelum ini. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, hitam dan putih, serta menampilkan kemasan kulit.

Buat masa ini, spesifikasi Xiaomi 14 Ultra masih lagi belum diketahui. Berikut adalah spesifikasi yang dikhabarkan untuk telefon ini:

Jika spesifikasi ini benar, ia bermaksud Xiaomi 14 Ultra tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Xiaomi 13 Ultra yang dilancar pada tahun lalu, selain daripada cipset Qualcomm yang lebih baharu. Selain itu, kapasiti bateri juga ditingkatkan daripada 5,000mAh kepada 5,300mAh.

Xiaomi 14 Ultra dikhabarkan akan menggunakan sensor Sony LYT-900 pada kamera utamanya, dengan nilai apertur boleh ubah bermula daripada f/1.6, manakala kamera telefoto 5x akan menggunakan apertur f/2.5, lebih besar daripada f/3.0 dalam Xiaomi 13 Ultra.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 14 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo, Weibo

Exit mobile version