Site icon TechNave BM

Xiaomi 14 Ultra mungkin akan dilancar pada 25 Februari 2024

Xiaomi sudah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri Xiaomi 14 untuk pasaran antarabangsa pada 25 Februari 2024, namun mereka tidak mengesahkan tentang pelancaran untuk Xiaomi 14 Ultra. Sebelum ini, Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Pro telah pun dilancar untuk pasaran China, namun Xiaomi 14 Ultra masih belum dilancar di negara tersebut.

Kini laman web Xiaomi Belanda mungkin telah membocorkan tarikh pelancaran untuk telefon tersebut. Jika anda membuat pendaftaran dalam laman web tersebut, anda boleh menerima kupon diskaun EUR200 (~MYR1,030) untuk Xiaomi 14 Ultra yang boleh digunakan dalam tempoh 25 Februari hingga 31 Mac.

Kupon untuk produk-produk Xiaomi yang akan dilancar pada 25 Februari

Memandangkan acara pelancaran Xiaomi 14 akan berlangsung pada 25 Februari, kita boleh andaikan Xiaomi 14 Ultra untuk dilancar pada hari tersebut, seperti yang tertera pada kupon ini.

Buat masa ini, anda boleh baca tentang rekaan dan spesifikasi awal untuk Xiaomi 14 Ultra di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: AndroidPlanet.nl

Exit mobile version