Site icon TechNave BM

Xiaomi 15T, 15T Pro akan dilancar pada 24 September 2025, mungkin bermula ~RM3,220

Xiaomi bakal memperkenalan siri telefon pintar flagship terbaru, Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro, pada hari Rabu, 24 September 2025 di Munich, Jerman. Syarikat teknologi itu telah berkongsi beberapa maklumat ringkas mengenainya, seperti reka bentuk dan teknologi kamera.

Ia akan dilengkapi teknologi kamera Leica yang menawarkan zum optikal sejauh 5x. Ini merupakan kali pertama sebuah telefon Xiaomi T mempunyai fungsi sebegini dan Xiaomi telah pun berkongsi beberapa contoh gambar yang diambil daripada kamera ini.

Untuk reka bentuk, Xiaomi masih belum menunjukkan rekaan penuh untuk telefon ini, namun ia akan ditawarkan dalam dua varian warna emas.

Harga siri telefon ini untuk pasaran Eropah pula telah tertiris, di mana Xiaomi 15T dijangka akan dijual pada harga bermula €649 (~RM3,220) manakala Xiaomi 15T Pro pula bermula €799 (~RM3,960).

Pada hari yang sama, Xiaomi mungkin akan melancarkan beberapa peranti lain seperti Xiaomi Watch S4 41mm dan Xiaomi OpenWear Stereo Pro.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version