Hari ini, Xiaomi memperkenalkan Xiaomi 15T dan 15T Pro di Malaysia dengan membawa kamera Leica, sistem operasi baharu HyperOS 3 dan teknologi komunikasi Xiaomi Offline Communication. Xiaomi 15T Pro dilengkapi tiga kamera Leica dengan panjang fokus 15–230mm, sensor utama 50MP ƒ/1.62 Light Fusion 900 HDR 13.5 EV, telefoto Leica 5x Pro sehingga 20x Ultra Zoom dan kamera hadapan 32MP.
Xiaomi 15T pula menawarkan panjang fokus 15–92mm dengan kamera utama 50MP ƒ/1.7. Kedua-duanya disokong Xiaomi AISP 2.0 untuk hasil imej, potret dan warna lebih tepat serta mod Street Photography Leica. Video menyokong 4K HDR10+ manakala 15T Pro menambah 4K 120fps dan 4K 60fps 10-bit Log. Siri ini memperkenalkan Xiaomi Astral Communication iaitu komunikasi terus antara peranti tanpa selular atau Wi-Fi dengan jarak sehingga 1.9km (15T Pro) dan 1.3km (15T).
Ia turut dibantu Surge T1S Tuner, Super Antenna Array dan AI Smart Antenna Switching. Paparan 6.83 inci 1.5K mencapai 3,200 nits dengan Pro menampilkan bingkai 1.5mm, kadar segar semula sehingga 144Hz serta DC dimming penuh. Model standard menyokong 120Hz dan 3,840Hz PWM dimming. 15T Pro menggunakan MediaTek Dimensity 9400+ (3nm) manakala 15T dipacu Dimensity 8400-Ultra bersama sistem penyejukan 3D IceLoop.
Bateri 5,500mAh menyokong 90W berwayar dan 50W tanpa wayar pada Pro manakala standard menawarkan pengecasan pantas 67W berwayar. Xiaomi mendakwa kesihatan bateri mencapai 80% kapasiti selepas 1,600 kitaran dengan ciri pantas menghidupkan peranti dalam 4 saat. HyperOS 3 pula muncul dengan multitasking lebih lancar, reka bentuk antaramuka baharu dan integrasi HyperAI dengan kemas kini OTA bermula hujung Oktober.
Reka bentuk menggunakan panel belakang fiber kaca, Gorilla Glass 7i, bingkai rata, bucu melengkung, kalis air IP68 sehingga tiga meter dan untuk Pro, tambahan bingkai aluminium aloi 6M13. Warna yang ditawarkan ialah hitam, kelabu dan Mocha Gold untuk Pro manakala hitam, kelabu dan Rose Gold untuk 15T.
Tempahan hadir dengan hadiah eksklusif seperti Xiaomi Watch S4 Black bernilai RM699 untuk 15T Pro dengan manfaat digital bernilai RM2,099 manakala Xiaomi Buds 5 White bernilai RM459 untuk 15T dengan manfaat digital bernilai RM1,749. Xiaomi juga menyediakan promosi potongan harga dan tawaran PWP sepanjang tempoh promosi.
Tempahan dibuka dari 25 September hingga 2 Oktober sebelum jualan bermula pada 3 Oktober 2025 melalui kedai rasmi, mi.com, Lazada dan Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

