Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri ini membolehkan pengguna mencipta dan menggunakan aplikasi kecil khusus terus dari bahagian belakang peranti. Is memberikan fleksibiliti berbanding generasi sebelum ini.
Antara contoh aplikasi yang ditunjukkan menerusi video acah rasmi termasuk pemasa memasak telur, peringatan minum air, pemasa fokus Pomodoro, alat menghafal kosa kata bahasa Inggeris dan kad cadangan resipi. Pengguna boleh menghasilkan aplikasi ini mengikut keperluan dan menambat fungsi yang kerap digunakan pada skrin tersebut.
Ciri ini dikembangkan daripada sistem MiShare yang mula diperkenalkan pada Xiaomi 17 Pro. Menurut Xiaomi, pengguna sebelum ini mencatatkan lebih 4 juta interaksi harian pada kad aplikasi dan menambah lebih 3.5 juta kertas dinding setiap hari pada paparan belakang tersebut.
Xioami menggunakan pendekatan perisian lebih maju bagi meluaskan keupayaan skrin tersebut berbanding menjadikannya sekadar paparan tambahan. Siri Xiaomi 18 Pro disahkan bakal dilancarkan pada bulan ini. Selain fungsi skrin belakang baharu, ia dijangka membawa peningkatan dari segi prestasi, kamera, ketahanan bateri dan keupayaan AI.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

