Site icon TechNave BM

Xiaomi adakan jerayawara bagi menyambut kejayaan penjualan siri Redmi Note 11 di Malaysia

Xiaomi yang merupakan salah satu jenama teknologi terkemuka dunia teruja untuk mengumumkan bahawa telefon pintar baharu terbaharunya, Redmi Note 11, telah dijual lebih 6,500 unit di Malaysia dalam tempoh masa 24 jam pada minggu lepas.

Bagi berterima kasih kepada pelanggan dan meneruskan momentum pelancaran siri Redmi Note 11, Xiaomi akan mengadakan tiga jerayawara di tiga lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia dari 23 hingga 27 Februari 2022. Lokasi yang terlibat untuk jerayawara ialah Sunway Pyramid di Selangor, QueensBay Mall di Pulau Pinang dan AEON Tebrau City di Johor.

Pelanggan akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM 457 termasuk baucar Xiaomi AIoT eksklusif RM 100, Redmi Buds 3 Lite, Mi Smart Scale 2, beg tote kanvas dan sarung bantal untuk setiap pembelian. Bagi mereka yang berminat untuk membeli telefon pintar siri Redmi Note 11 terbaharu, anda disyorkan untuk menghadirkan diri ke jerayawara kerana terdapat tawaran terhad bagi hadiah eksklusif.

Selain itu, terdapat juga aktiviti dan pengalaman yang menyeronokkan di jerayawara kerana anda berpeluang memenangi hadiah premium.

Jerayawara itu akan berlangsung dari 23 hingga 27 Februari 2022 di lokasi berikut:
● Sunway Pyramid, Selangor – LG2 Orange Concourse
● Queensbay Mall, Pulau Pinang – Gelanggang Tengah
● AEON Tebrau City, Johor – West Court

Untuk mengetahui sama ada siri Redmi Note 11 sesuai atau tidak untuk anda, anda boleh kunjungi ulasan kami di sini. Layari Facebook Xiaomi untuk berita terkini dan promosi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version