Site icon TechNave BM

Xiaomi akan hasilkan pengecas wayarles 80W secara besar-besaran pada H1 2020

Xiaomi adalah antara syarikat yang mempunyai teknologi pengecasan wayarles paling pantas buat masa ini. Peranti andalan terbaru mereka, Mi 11 hadir dengan pengecasan pantas wayarles 50W, pengecasan wayarles yang tinggi berbanding telefon andalan yang lain.

Sebelum ini, Xiaomi telah menunjukkan teknologi pengecasan pantas wayarles 80W untuk kegunaan peranti mereka. Kini, teknologi itu dikhabarkan akan mula dihasilkan secara besar-besaran pada separa tahun pertama 2021 (H1 2021).

Teknologi ini dikhabarkan akan digunakan buat kali pertama pada telefon MI 11 Pro. Mi 11 Pro dikatakan akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas wayarles 80W ini serta pengecasan pantas berwayar 120W.

Xiaomi juga dilihat telah menggunakan pam cas versi baharu yang mampunyai kecekapan penukaran setinggi 98.5% pada Xiaomi Mi 11. Dengan pam cas ini, ia memudahkan teknologi pengecasan wayarles 80W ini untuk dikomersialkan kerana pam cas versi baharu ini lebih cekap, kurang panas dan mempunyai kehilangan kuasa yang rendah.

Adakah anda meminati teknologi pengecasan wayarles ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version