Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan barisan produk baru pada 29 Mac, mungkin Mi 11 Pro dan Lite

Xiaomi telah mengumumkan acara pelancaran besar yang bakal dilangsungkan pada hari Isnin, 29 Mac sempena musim bunga. Mereka akan melancarkan dua versi untuk pelancaran tersebut, satu untuk pasaran China dan satu lagi untuk pasaran antarabangsa.

Acara 2021 New Product Launch akan berlangsung pada jam 7:30 malam waktu China dan Malaysia. Xiaomi masih belum mengesahkan nama produk yang akan dilancar, namun khabar angin mengatakan mereka mungkin akan memperkenalkan varian terbaru untuk Mi 11 iaitu Mi 11 Pro dan Mi 11 Lite, telefon lipat Mi MIX dan komputer riba Mi Notebook Pro.

Adakah anda berminat untuk mengikuti pelancaran produk baru Xiaomi ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version