Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan gelang tangan pintar Mi Band 7 pada 24 Mei 2022

Xiaomi bakal melancarkan gelang tangan pintar terbaharu, Xiaomi Mi Band 7, pada 24 Mei 2022, jam 7:00 malam di China. Gelang tangan popular ini bakal menerima beberapa naik taraf daripada Mi Band 6, seperti skrin yang lebih besar.

Mi Band 7 bakal dilengkapi skrin AMOLED 1.62 inci iaitu 25 peratus lebih besar daripada Mi Band 6. Skrinnya mempunyai bentuk pil seperti produk sebelum ini, jadi tali jam tangannya mungkin boleh ditukar dengan Mi Band 6.

Selain itu, ia bakal dilengkapi fungsi standard seperti hubungan NFC serta pengukur kadar degupan jantung, tahap oksigen darah dan data senaman.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti boleh pakai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version