Terkini, Xiaomi MIUI telah menjadualkan tarikh pelancaran global untuk MIUI 12 yang akan berlangsung pada 19 Mei 2020 GMT+8. Sebenarnya, MIUI 12 telah diumumkan pada pelancaran Mi 10 Youth Edition yang lalu. Jadi, terdapat beberapa perkara yang sudah diketahui mengenai MIUI 12.
Setakat ini, sumber melaporkan MIUI bakal mengemas kini reka bentuk MIUI 12 dengan animasi dan efek baru. Anda akan dapat melihat penyatuan warna, sisi dinamik dengan lengkungan dan sebagainya melalui UI baru ini. Selain itu, UI baru ini turut membekalkan latar belakang ‘Super Wallpaper’ baharu yang memaparkan planet. Bukan setakat itu, anda boleh mengubah suai pemandangan planet mengikut citarasa anda.
Lain-lain kemas kini adalah dari segi keselamatan, multi-kerja, aplikasi kesihatan dan tema baharu. Kelompok telefon pintar di bawah jenama Xiaomi yang bakal mendapat kemas kini MIUI 12 telah diumumkan, tetapi untuk pasaran China sahaja. Kami menyarankan anda menunggu pelancaran global untuk melihat sama ada peranti anda layak menerima kemas kini MIUI atau tidak.
Kami akan memaklumkan kemas kini berita pelancaran MIUI 12 kepada anda melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda sedang menanti kemas kini MIUI 12? Beritahu kami di laman Facebook!
Sumber: Gizmochina

