Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan model terbaru dalam siri Redmi Note 9 pada 30 April

Xiaomi mengumumkan di Twitter bahawa ia akan melancarkan beberapa model telefon pintar baharu dalam siri Redmi Note 9 pada Khamis, 30 April. Ia adalah sebuah acara pelancaran dalam talian yang akan disiarkan secara langsung di Twitter, YouTube dan Facebook pada pukul 8:00 malam waktu Malaysia.

Xiaomi tidak memperincikan model yang manakah akan dilancarkan pada hari tersebut. Sebelum ini, siri Redmi Note 9 Pro yang terdiri daripada Note 9 Pro dan Note 9 Pro Max sudah pun dilancarkan di India. Di Malaysia pula, Redmi Note 9S sudah pun dilancarkan pada 23 Mac lalu.

Memandangkan Note 9S secara asasnya adalah Note 9 Pro yang dijual untuk beberapa negara, mungkin telefon yang dilancarkan pada 30 April ini adalah Note 9 Pro Max yang diberikan nama lain untuk negara yang menjual Note 9S.

Apa agaknya yang akan diumumkan oleh Xiaomi untuk siri Redmi Note 9 pada Khamis depan? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version