Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan pelitup muka mereka pada 13 Oktober

Xiaomi bukanlah jenama teknologi yang asing dalam menghasilkan pelbagai alat elektronik selain daripada telefon pintar seperti pencukur, televisyen dan lain-lain. Kini Xiaomi akan melancarkan pelitup muka pula bagi membantu pelanggan untuk bernafas dengan selamat sewaktu pandemik COVID-19.

Pelitup muka tersebut mempunyai rangka segi tiga yang boleh dilaras untuk mengikut bentuk kepala pengguna sambil mengekalkan keselesaan. Sebelum ini, Xiaomi telah memfailkan paten pelitup muka pintar (smart mask) dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat (USTPO) untuk pelitup muka yang dilengkapi unit komputer untuk menyimpan data daripada sensor pelitup muka, bateri dan penghubung.

Pelitup muka Xiaomi ini akan dilancar di India pada 13 Oktober (esok) dan ia mungkin akan dipasarkan ke seluruh dunia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknolog terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version