Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan produk ekosistemnya di Malaysia 15 Julai ini, termasuk Mi Band 5, Mi TV Stick?

Masihkah anda ingat tentang Xiaomi yang pernah memberi petunjuk bahawa mereka akan membawa lebih banyak produk ekosistem baharu pasaran Malaysia? Xiaomi kini bakal melunaskan janjinya pada 15 Julai 2020 ini.

Melalui siarannya di laman Twitter, Xiaomi bakal melangsungkan sebuah acara pelancaran produk ekosistem. Walaupun tanpa bayangan secara bertulis tentang produk yang bakal dilancarkan, namun anda boleh meneka produknya melalui poster dalam siaran tersebut.

Terdapat lakaran bayangan Mi Smart TV, Mi TV Stick dan beberapa produk lain. Untuk menontonnya, anda boleh ke laman Facebook, Twitter, YouTube dan blog komuniti Xiaomi rasmi pada 15 Julai 2020, jam 8PM (waktu Malaysia).

Apakah produk ekosistem yang anda lihat melalui poster di atas? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version