Site icon TechNave BM

Xiaomi akan lancarkan telefon pada 24 November, mungkin Redmi Note 9 5G atau Note 10

Xiaomi mungkin akan melancarkan telefon kelas pertengahan 5G baru pada hari Selasa, 24 November. Walaupun nama spesifik telefon tersebut belum diumumkan, media melaporkan bahawa ia mungkin adalah siri Redmi Note 9 5G atau Redmi Note 10.

Sebelum ini, spesifikasi untuk Redmi Note 95G telah pun tertiris di mana ia terdiri daripada dua varian utama iaitu Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro 5G. Note 9 5G mungkin akan dilengkapi cipset Dimensity 800U, skrin 6.53 inci, bateri 5,000mAh dan pengecasan 22.5W, manakala Note 9 Pro 5G pula mungkin akan dilengkapi Snapdragon 750G, skrin 6.67 inci, bateri 4,820mAh dan pengecasan 33W.

Redmi Note 9 5G
Redmi Note 9 Pro 5G

Terdapat juga laporan mengatakan telefon yang akan dilancar adalah siri Redmi Note 10 di mana ia mempunyai spesifikasi yang serupa dengan Redmi Note 9 5G yang dikhabarkan. Redmi Note 10 telah pun mendapat pengiktirafan Infocomm Media Development Authority (IMDA) dengan nombor M2007J22G dan M2007J22C.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version