Site icon TechNave BM

Xiaomi akan hasilkan kereta pertama secara besar-besaran pada tahun 2024

Semasa perbincangan para pelabur, CEO Xiaomi mengesahkan bahawa pengeluaran kenderaan elektriknya berada pada landasan yang tepat. Malah, Lei Jun percaya bahawa pengeluaran secara besar-besaran kereta tersebut akan bermula pada penggal pertama tahun 2024.

Xiaomi telah mendaftar reka bentuk pintu EVnya pada bulan Ogos dan merancang untuk melabur $10 bilion dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Xiaomi juga memperoleh teknologi DeepMotion iaitu sebuah syarikat kajian dan pembangunan bagi teknologi memandu sendiri yang kini mengambil ramai pekerja untuk perniagaan barunya.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada Xiaomi merancang untuk menghasilkan kereta tersebut dalam kilang utamanya atau menggunakan syarikat pihak ketiga (berkemungkinan pembuat kenderaan yang sedia ada). Langkah tersebut logik kerana terdapat halangan tinggi dalam perniagaan pembuatan kereta.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk terus menunggu kereta pertama Xiaomi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version