Site icon TechNave BM

Xiaomi akan umum harga Mi Watch di Malaysia 20 Januari ini! Hayat bateri 16 hari

Pada Oktober 2020, Xiaomi sudah mengumumkan kewujudan rasmi Mi Watch, namun ia masih tidak dijual secara rasmi di pasaran Malaysia. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan pelancaran rasmi Mi Watch di pasaran Malaysia!

Menurut Xiaomi Malaysia, Mi Watch bakal dilancar pada 20 Januari 2021 (waktu mungkin akan dimaklumkan kemudian). Memandangkan ia sebenarnya sudah diumumkan, mungkin kali ini Xiaomi akan memberitahu tarikh jualan dan harga rasminya.

Sepintas lalu, Mi Watch bakal hadir dengan paparan AMOLED 1.39 inci beresolusi 454 x 454 piksel, litupan kaca bajaan (tempered glass) 2.5D dan litupan anti-cap jari. Ia turut hadir dengan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari, sokongan 5 ATM, GPS, sensor degup jantung, 117 mod senaman dan banyak lagi.

Nantikan maklumat rasmi mengenai Mi Watch di laman Xiaomi Malaysia, yang akan dimaklumkan kembali oleh Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Exit mobile version