Site icon TechNave BM

Xiaomi anjur pertandingan fotografi bersama Tourism Malaysia, peluang untuk menangi Xiaomi 12T Pro!

Xiaomi Malaysia bakal menganjurkan sebuah pertandingan fotografi dengan kerjasama Tourism Malaysia, di mana para pemenang akan membawa pulang pelbagai jenis peranti Xiaomi termasuklah telefon pintar perdana Xiaomi 12T Pro.

Pertandingan Capturing Magnificent Malaysia ini akan dianjurkan bermula hari ini sehingga 28 November 2022 dan ia dibuka untuk semua pemilik telefon pintar Xiaomi. Mereka hanya perlu mengambil gambar kreatif dan cantik yang menunjukkan keindahan Malaysia dalam segi pemandangan, seni bina dan rakyat tempatan.

Xiaomi Malaysia berharap pertandingan ini akan menambah minat warganegara tempatan dan asing untuk melancong dalam negara serta menyumbang kepada industri pelancongan domestik.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Tangkap gambar paling kreatif dan cantik yang membawa tafsiran anda sendiri untuk slogan Magnificent Malaysia
  2. Muat naik ke profil Facebook dan Instagram, pastikan ia ditetapkan kepada awam.
  3. Tandakan akaun rasmi Xiaomi Malaysia dan gunakan hashtag #MagnificentMalaysia #CutiCutiMalaysia #Xiaomi12TSeries

Lapan peserta bertuah akan dipilih oleh Xiaomi Malaysia dan Tourism Malaysia sebagai pemenang, manakala gambar-gambar mereka akan dipaparkan pada laman web Tourism Malaysia.

Hadiah yang diberi termasuklah Xiaomi 12T Pro, Xiaomi 12T, Redmi Pad, Xiaomi Smart Band 7 Pro dan Xiaomi Buds 4 Pro. Pemenang akan diumumkan pada laman Facebook Xiaomi Malaysia.

Layari laman web Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version