Site icon TechNave BM

Xiaomi anjurkan jualan istimewa #ShopOnlineWithMi esok, diskaun sehingga RM150

Xiaomi Malaysia akan menganjurkan jualan promosi #ShopOnlineWithMi bagi menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk membeli produk Xiaomi sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jualan ini merangkumi pelbagai produk Xiaomi seperti telefon pintar, pemancar (projector), pembersih udara, vakum robot dan sebagainya.

Jualan tersebut akan dilakukan dalam bentuk siaran langsung (livestream) di laman web Facebook Xiaomi Malaysia dan laman Lazada rasmi Xiaomi Malaysia pada Isnin, 20 April jam 2:00 hingga 3:30 petang. Sepanjang siaran tersebut, kod baucar khas akan diberikan agar pelanggan boleh mendapatkan lebih banyak diskaun untuk produk yang ditawarkan.

Perlu diingati bahawa kod baucar itu hanya boleh digunakan sewaktu siaran langsung itu berlaku. Selain itu, promosi pembelian-dengan-pembelian (PWP) juga akan dianjurkan sepanjang promosi tersebut.

Berikut adalah senarai produk yang akan ditawarkan pada harga promosi sewaktu acara tersebut:

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan mana-mana produk di atas pada Isnin ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version