Site icon TechNave BM

Xiaomi anjurkan pelancaran global untuk Mi 10 pada 27 Mac

Telefon pintar flagship daripada Xiaomi, Mi 10, sudah pun dilancarkan di China pada 13 Februari lalu. Untuk pelancaran global, peranti itu sepatutnya dilancarkan pada 23 Februari sewaktu MWC namun ia dibatalkan kerana penularan wabak COVID-19. Kini Xiaomi mengumumkan 27 Mac sebagai tarikh baru untuk pelancaran global Mi 10.

Ia adalah pelancaran dalam talian sahaja dan akan disiarkan secara langsung pada jam 2:00 petang GMT+1 (9.00 malam waktu Malaysia) di laman media sosial rasmi Xiaomi seperti Facebook, Twitter serta YouTube.

Mi 10 hadir dengan pemproses Snapdragon 865, kamera 108MP, pengecasan pantas 50W dan bateri 4,500mAh. Kameranya pula mampu membuat rakaman beresolusi 8K, zum optikal sehingga 10x, zum digital sehingga 50x dan turut dilengkapi penstabilan imej optikal (OIS) serta elektronik (EIS).

Beritahu pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version