Site icon TechNave BM

Xiaomi bakal lancarkan 3 telefon pintar yang berbeza jenis lipatannya pada 2021

Industri telefon pintar sudah mula menerima telefon lipat dengan teknologi terkini pada beberapa tahun yang lalu. Antara jenama yang mengeluarkan telefon boleh lipat adalah Samsung, HUAWEI dan Motorola. Terkini, beberapa jenama lain dilapor bakal melancarkan telefon pintar boleh lipat pada tahun 2021.

Menurut sumber, OPPO, vivo, Google dan Xiaomi adalah jenama yang bakal melancarkan telefon pintar boleh lipat. Lebih menarik, Xiaomi sendiri bakal melancarkan tiga jenis telefon pintar boleh lipat yang berbeza mekanisme lipatnya. Perkara ini diketahui melalui pengilang China yang melaporkan bahawa terdapat tiga jenis telefon lipat dan sumber telah menjangkakan bahawa ianya dari Xiaomi.

Berkemungkinan, telefon lipat tersebut adalah jenis dilipat keluar, dilipat kedalam dan seperti Samsung Galaxy Z Flip. Peranti yang dilipat keluar pula mungkin menyerupai HUAWEI Mate X, tetapi dengan paparan sehingga 8 inci.

Perkara ini tidak mengejutkan kerana XDA Developers telah menemui peranti boleh lipat dengan nama kod Cetus dalam sistem MIUI 12 beta. Ia dilihat hadir dengan cipset Snapdragon dan kamera 108MP.

Apakah peminat Xiaomi di Malaysia bakal menerima kehadiran peranti lipat? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Gambar dari Notebook Check

Exit mobile version