Site icon TechNave BM

Xiaomi bakal lancarkan monitor ‘gaming’ 27 inci 165Hz

Sepertinya, ramai yang sudah mula mengenali Xiaomi sebagai syarikat yang memasarkan pelbagai jenis produk teknologi. Tidak hanya menumpukan kepada telefon pintar, Xiaomi kini dilaporkan merancang untuk melancarkan monitor gaming dengan spesifikasi menarik.

Menurut sumber, monitor berukuran 27 inci ini bakal dilancarkan pada bulan Julai 2020. Monitor ini dilaporkan bakal hadir dengan kadar segar semula tinggi 165Hz.

Tidak terhenti di situ, Xiaomi juga bakal lancarkan monitor 4K berukuran 29.5 inci pada bulan September dan berukuran 27 inci pada bulan November. Redmi juga merancang untuk mengeluarkan monitor berukuran 27 inci dan 23.8 inci. Xiaomi Mi Band 5 pula mungkin bakal dilancarkan secara global pada bulan hadapan.

Sebelum ini, Xiaomi cukup terkenal dengan harga produk yang agak berpatutan bersama spesifikasi menonjol. Menurut anda, adakah monitor 27 inci 165Hz ini bakal memiliki harga yang berpatutan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR India

Exit mobile version