Site icon TechNave BM

Xiaomi bakal lancarkan telefon dengan cas pantas 200W, hadir pada penggal kedua 2021

Sehingga kini, pengecasan paling pantas untuk peranti Xiaomi adalah 120W. Teknologi cas pantas ini diperkenal dan dipamer pada tahun 2020. Terkini, Xiaomi dilapor bakal melancarkan peranti dengan cas pantas sepantas 200W pada penggal kedua tahun 2021.

Menurut pendedah maklumat terkenal di laman Weibo, peranti tersebut bakal hadir pada penggal kedua tahun ini dengan cas pantas 200W. Namunm tiada maklumat lebih lanjut yang dinyatakan. Rata-rata warga Internet menjangkakan peranti ini sebagai Xiaomi Mi 11 Ultra.

Terdahulu, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 11 sebagai peranti pertama Snapdragon 888 di Malaysia dengan cas pantas 55W.

Apakah pandangan anda mengenai peranti dengan cas pantas 200W? Adakah kita benar-benar memerlukannya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version