Site icon TechNave BM

Xiaomi bekerjasama dengan Genshin Impact lancarkan Redmi AirDots 3 Pro edisi khas berharga ~RM264

Baru-baru ini, Xiaomi melancarkan pelbagai peranti di seluruh katalog produknya. Yang paling diminati ramai adalah telefon pintar siri Xiaomi 12 dan siri Redmi K50.

Terdapat juga produk istimewa yang dikeluarkan oleh Xiaomi melibatkan kerjasama dengan gaming mudah alih global popular. Produk tersebut dikenali sebagai Redmi AirDots 3 Pro Genshin Impact edisi khas.

Edisi khas ini disertakan dengan penyesuaian estetik berdasarkan Klee, watak popular daripada siri Genshin Impact. Menurut laman web rasmi Xiaomi China, fon telinga edisi khas akan dijual pada harga CNY399 atau ~RM264.

Ia mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti AirDots 3 Pro tetapi hadir dalam reka bentuk khas untuk sarung serta fon telinga. Malah, terdapat juga kesan bunyi pilihan berdasarkan watak Klee daripada Genshin Impact. Ia disertakan dengan aksesori bertemakan Genshin Impact termasuk koleksi cerita coretan dan beg galas kecil seperti yang digunakan oleh Klee dalam karya seni game.

Reka bentuknya agak unik dengan ciri menarik merupakan pilihan yang cukup bagus jika anda mencari fon telinga wayarles baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version