Site icon TechNave BM

Xiaomi berkemungkinan besar perkenalkan kereta elektrik pada acara MWC 2024

Mobile World Congress (MWC) 2024 akan berlangsung di Barcelona, ​​Sepanyol dari 26 – 29 Februari 2024. Kini, CEO Xiaomi, Lei Jun telah berkongsi pengacah rasmi produk yang bakal diperkenalkan pada MWC untuk pasaran global. Namun, pengacah tersebut tidak mendedahkan secara tepat sebenar peranti pada MWC akan datang.

Dalam MWC kali ini, Xiaomi menggunakan tema ekosistem pintar ‘Human x Car x Home‘ membayangkan bahawa jenama mereka mungkin mengumumkan peranti dalam kategori produk ini. Imej pengacah mendedahkan lima produk yang kelihatan terdiri daripada batu bata Lego.

Ini termasuk telefon pintar, kereta, tablet, jam tangan pintar dan pembersih vakum. Siri Xiaomi 14 telah pun disahkan untuk dilancarkan pada 25 Februari ini. Kereta tersebut tidak lain tidak bukan ialah Xiaomi SUV 7 yang diumumkan pada Disember lalu. Bagi jam tangan pintar pula, ia dijangka menjadi Xiaomi Watch 2.

Butiran mengenai tablet dan pembersih vakum kekal menjadi misteri. Namun, ia mungkin boleh menjadi salah satu varian Xiaomi Pad 6 iaitu Pro atau Max. Jun berkata bahawa peranti yang diacah dalam imej bukan sahaja akan dipamerkan pada acara itu tetapi juga akan tersedia untuk pembelian pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version