Site icon TechNave BM

Xiaomi bersedia lancarkan 3 peranti Snapdragon 888: Xiaomi Mi 11, Redmi K40, Black Shark

Baru-baru ini, jenama-jenama telefon pintar telah mula mengumumkan pengesahan keluaran pertama telefon pintar mereka yang dijana Snapdragon 888 5G. Xiaomi turut mengesahkan peranti pertamanya yang akan dijana Snapdragon 888 iaitu Xiaomi Mi 11. Kini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa terdapat dua lagi peranti dengan cipset ini; model di bawah jenama Redmi dan Black Shark.

Melalui hal ini, kita dapat melihat bahawa Xiaomi sedang bersiap sedia untuk melancarkan tiga peranti di bawah naungannya yang dijana cipset andalan baru ini. Yang sudah pasti kehadirannya adalah Xiaomi Mi 11 (dijangkan dilancar dalam bulan Disember 2020 ini). Sumber menjangkakan Redmi K40 Pro bakal dijana cipset Snapdragon 888, manakala satu lagi peranti adalah peranti gaming dari Black Shark.

Menurut sumber, Black Shark sudah mengeluarkan model terbarunya dengan kod nama “Emperor”, tetapi spesifikasi lanjutnya masih tidak didedahkan. Untuk Redmi K40 Pro pula, ia mungkin bakal dilancar pada tarikh yang lebih awal berbanding Redmi K30 Pro dan K30 Pro Zoom, dijangka pada bulan Januari atau Februari.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak Xiaomi sendiri mengenai ketiga-tiga peranti Snapdragon 888 baru ini. Kongsikan pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai gambar rekaan Xiaomi Mi 11 yang baru disini!

Sumber: Gizchina

Exit mobile version