Site icon TechNave BM

Xiaomi Black Shark 4S Duo bakal dilancar: Miliki Snapdragon 888+ dan bateri 4,500mAh

Xiaomi bakal menaik taraf siri Black Shark 4 dan melancarkan Black Shark 4S Duo pada hari esok. Sebelum pelancarannya, terdapat maklumat mengenai spesifikasi peranti ini.

Black Shark 4S dan Black Shark 4S Pro menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 888+ SoC. Prestasi storan untuk model Pro dikatakan lebih lancar dan cekap kerana ia menggunakan sistem Dual Disk Array 2.0 untuk meningkatkan prestasi bacaan dan penulisan dalam storannya.

Black Shark 4S Pro dilengkapi dengan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Ia  mungkin memberikan caj sepenuhnya dalam masa 15 minit dan 50% hayat bateri untuk pengecasan 5 minit. 

Syarikat tersebut menunjukkan video uji kaji bateri Black Shark 4S Pro dan iQOO 8 Pro yang turut mempunyai kuasa bateri yang sama. Mereka menjanjikan peningkatan audio dan ingin menjuarai Audio DxOMark dengan model Black Shark 4 Pro.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version