Site icon TechNave BM

Xiaomi Black Shark 4 Pro masih berada di tangga teratas carta AnTuTu untuk bulan Julai!

Setiap bulan, penanda aras AnTuTu akan mengeluarkan carta prestasi yang menunjukkan senarai telefon pintar Android dengan markah AnTuTu yang tertinggi. Untuk carta bulan Julai ini, Xiaomi Black Shark 4 Pro dilihat masih lagi berada di tangga teratas. Untuk pengetahuan anda, peranti ini telah menduduki tempat pertama buat kali ke lima berturut-turut dari bulan Mac lalu.

Tempat kedua dan tempat ketiga pula diduduki oleh nubia Red Magic 6 Pro dan OnePlus 9 Pro. Jika anda lihat carta ini, semua peranti menggunakan cipset Snapdragon 888. Selain carta telefon pintar andalan, AnTuTu turut juga memuat naik carta untuk telefon kelas pertengahan.

Xiaomi Mi 11 Lite 5G mendapat tempat pertama dengan cipset Snapdragon 780G diikuti dengan peranti HONOR 50 Pro dan HONOR 50 yang menggunakan cipset Snapdragon 778G.

Namun, kedudukan pada carta ini mungkin akan berubah pada bulan Ogos dan September akan datang. Hal ini disebabkan banyak peranti dengan cipset Snapdragon 888 Plus akan dilancarkan dalam masa terdekat (HONOR Magic3, Xiaomi Mi MIX 4 dan lebih lagi).

Adakah anda berpuas hati dengan carta ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version