Sementara peminat Xiaomi sedang menunggu telefon pintar siri Xiaomi 14 untuk dilancarkan di luar China, jenama itu baru sahaja melancarkan komputer riba baharu untuk pasaran global iaitu Xiaomi Book 14. Komputer riba 14 inci ini didatangkan dengan paparan resolusi tinggi dan cip Intel Gen ke-12.
Xiaomi Book 14 menampilkan paparan 14 inci dengan resolusi 2.8K, kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kecerahan 300 nits dengan nisbah kontras 1,500:1. Ia juga meliputi 100% ruang warna sRGB menjadikannya sesuai untuk tugasan yang memerlukan ketepatan warna.
Terdapat dua pilihan yang tersedia iaitu dengan CPU Intel Core i5-12500H, Intel Iris Xe Graphics, RAM LPDDR5 16GB dan 512 GB PCIe 4.0 SSD. Varian kedua pula didatangkan dengan CPU Intel Core i3-1220P, Grafik Intel UHD, RAM LPDDR5 8GB dan SSD PCIe 4.0 256GB. Komputer riba ini dilengkapi dengan bateri 56 Wh yang menyediakan hampir 12 jam hayat bateri.
Pilihan kesambungan termasuk HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2, WiFi 6 dan Bluetooth 5.2. Xiaomi Book 14 disertakan dengan Windows 11 Home yang diprapasang dan mempunyai berat kira-kira 1.37 kg. Namun, pada masa ini, masih tiada maklumat tentang ketersediaan atau harga. Sama-sama kita nantikan kemunculannya dalam pasaran Malaysia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Xiaomi

