Site icon TechNave BM

Xiaomi Book Air 13 dilancar: Intel Core i7 gen-12, skrin OLED 13.3″ dan bateri 58.3WHr bermuka ~RM3,265

Semalam, Xiaomi Book Air 13 telah dilancarkan di China siri Redmi Note 12 yang merangkumi varian Pro, Pro+ dan Explorer Edition. Jenama itu juga telah melancarkan peranti lain termasuk TV Redmi baharu, Projektor Redmi dan pemanas elektrik. Xiaomi Book Air 13 dipromosikan sebagai komputer riba paling nipis dan ringan dari jenama itu. 

Xiaomi Book Air 3 memaparkan skrin OLED E4 13.3 inci dengan resolusi 2,880 x 1,800 piksel, kecerahan 600 nits dan kadar penyegaran semula 60Hz. Skrin dikelilingi oleh bezel nipis serta menyokong format Dolby Vision dan VESA Display HDR500. 

Komputer riba ini menampilkan reka bentuk 2-dalam-1 dengan engsel 360 darjah dan sokongan sentuhan yang membolehkan pengguna menggunakan peranti dalam pelbagai faktor bentuk. Xiaomi Book Air 3 dilengkapi dengan aloi aluminium 6 siri dan proses ukiran bersepadu CNC. Ia seringan 1.2kg dan nipis berukuran 12mm.

Komputer riba ini dilengkapi dengan dwi pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, dwi unit mikrofon, papan kekunci berlampu latar dengan pad sentuh kaca, pengimbas cap jari yang berfungsi sebagai butang kuasa dan kamera 8MP.

Ia menggunakan cipset Intel Core i7 generasi ke-12 yang dipasangkan dengan GPU Intel Iris Xe sambio membawa LPDDR5 RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Terdapat sink haba VC bersaiz besar untuk pelesapan haba dan bateri 58.3WHr dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Daripada segi perisian, komputer riba menggunakan Windows 11. 

Untuk sambungan, ia mempunyai WiFi-6E, Bluetooth 5.2, dua port Thunderbolt 4 dan bicu audio. Xiaomi Book Air 13 berharga RMB 4,999 (~RM3,265) untuk varian Core i5 manakala model i7 berharga RMB 5,599 (~RM3,657) dalam warna putih.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Xiaomi Book Air 13:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version