Site icon TechNave BM

Xiaomi Buds 4 Pro dilancar, miliki ANC dan HiRes Audio Wireless berharga ~RM658

Xiaomi benar-benar menunjukkan semangat persaingan dalam industri peranti pintar dengan memperkenalkan Xiaomi MIX Fold 2, robot humanoid CyberOne, Pad 5 Pro 12.4, dan Watch S1 Pro serta sepasang fon telinga wayarles Xiaomi Buds 4 Pro.

Menurut sumber, Xiaomi Buds 4 Pro menampilkan unit ultra dinamik dwi-magnet 11mm yang disesuaikan untuk setiap fon telinga. Ia mempunyai frekuensi super rendah dan fon telinga ini juga menyokong sambungan LHDC 4.0 dengan pensijilan HiRes Audio Wireless.

Pembatalan Bunyi Hingar Aktif juga tersedia. Xiaomi mengatakan bahawa pengurangan hingarnya boleh mencapai 48dB. Untuk hayat bateri, Buds 4 Pro boleh bertahan sehingga 9 jam atau 38 jam dengan kotak pengecasan. Ia juga menyokong audio spatial 360 untuk pengalaman audio yang lebih baik.

Seperti tema warna peranti baharu yang lain, Xiaomi Buds 4 Pro akan datang dalam warna emas dan hitam. Ia berharga 999 Yuan (~RM658) dan kami berharap Xiaomi Malaysia untuk memasarkannya di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version