Site icon TechNave BM

Xiaomi buka seribu kedai baru serentak di China

Xiaomi merupakan antara jenama telefon pintar terbesar di China dan semalam mereka mengukuhkan lagi status tersebut dengan membuka seribu kedai Mi Store di seluruh negara itu secara serentak. Ini adalah langkah pertama Xiaomi untuk meluaskan perniagaan mereka di China sebelum mencapai matlamat utama iaitu satu kedai Mi Store di setiap negara.

Menurut naib presiden Xiaomi Lu Weibing, pembukaan Mi Store secara besar-besaran ini mempunyai tiga matlamat utama untuk syarikat itu:

Ribuan Mi Store ini terdapat dalam 270 bandar di 30 wilayah dalam China dan terdiri daripada pelbagai jenis, daripada kedai besar hinggalah kedai kecil. Selain itu, setiap kedai juga akan menawarkan produk yang berbeza daripada kedai lain untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Pada awal penubuhannya, Xiaomi terkenal sebagai syarikat yang hanya mengendalikan urus niaganya secara atas talian. Selepas lebih 10 tahun, kini syarikat tersebut sudah pun mempunyai rangkaian kedai fizikal yang luas di China dengan lebih 2,000 kedai di seluruh negara itu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmoalpha

Exit mobile version