Sebuah telefon pintar dengan nombor model 2107119DC mungkin telah dikenal pasti sebagai siri Xiaomi CC 11 yang terdiri daripada varian biasa dan Pro. Untuk mereka yang tidak mengenalinya, Xiaomi CC merupakan siri telefon pintar Xiaomi yang dikhaskan untuk telefon kategori pertengahan atas (upper midrange).
Menurut sumber, Xiaomi CC 11 akan dilengkapi cipset Snapdragon 778G atau Snapdragon 780G. Selain itu, ia akan dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz dan tiga kamera 64MP di belakang.
Sementara itu, Xiaomi CC 11 Pro pula akan dilengkapi cipset yang lebih canggih iaitu Snapdragon 870 5G. Daripada segi kamera, ia akan dilengkapi kamera telefoto periskop 5x dengan zum optikal.
Setakat ini masih tiada berita rasmi tentangnya. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

