Site icon TechNave BM

Xiaomi CIVI hanya akan dikhaskan untuk pasaran China

Semalam, Xiaomi telah memperkenalkan siri telefon pintar baharu iaitu Xiaomi CIVI yang dilengkapi skrin 120Hz, cipset Snapdragon 778G dan pengecasan pantas 55W. Walau bagaimanapun, peminat Xiaomi di Malaysia tidak boleh membeli telefon tersebut.

Ini adalah kerana Xiaomi mengesahkan bahawa CIVI hanya akan dijual dalam pasaran China sahaja dan setakat ini tiada pelan untuk melancarkannya secara antarabangsa.

Sungguh pun begitu, Xiaomi sebelum ini pernah menjenamakan semula telefon-telefon yang eksklusif untuk pasaran China dan kemudian melancarkan jenama baharu itu untuk pasaran luar. Oleh yang demikian, mungkin peminat Xiaomi tempatan masih boleh menaruh harapan untuk membeli CIVI.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version