Pada 23 Ogos, Xiaomi telah mendaftarkan nama domain XiaomiEV.com dan kini, mereka menerima lesen pengeluaran kereta daripada kerajaan China. Kereta pertama Xiaomi iaitu sebuah sedan elektrik yang diberi nama kod MS11 telah dikesan di atas jalan dengan dibaluti kain camo.
Lei Jun, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi mengumumkan bahawa Xiaomi memilih CATL dan CABL sebagai pembekal bateri. Xiaomi telah melakukan usaha untuk memasuki pasaran EV pada awal 2021 dan berkata bahawa pembangunan kenderaan elektrik Xiaomi mendahului jadual serta akan memulakan pengeluaran besar-besaran pada separuh pertama 2024.
Selepas dua tahun, beberapa gambar yang tertiris dalam talian menunjukkan sedan EV Xiaomi MS11 sedang melakukan ujian atas jalan raya di salah satu lebuh raya di China. Sedan elektrik itu akan mendapat versi jarak jauh dengan bateri ternary (NMC) 101-kWh untuk 800 km.
Ia akan menyokong pengecasan 800V DC dengan berat 642 kg. Voltannya mencapai 726.7 V dan kapasiti bateri ialah 139.0 Ah serta ketumpatan tenaga ialah 157 Wh/kg. Sedan MS11 dijangka bermula pada 200,000 yuan (~RM127,897) dan akan bersaing dengan Tesla Model 3, BYD Seal, Deepal SL03 dan berpuluh-puluh EV sedan dengan julat harga yang sama.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.
Sumber: CarNewsChina

