Site icon TechNave BM

Xiaomi dan OPPO mungkin akan lancarkan cipset 5G sendiri pada tahun ini

Berdasarkan sumber terkini dari Taiwan, pengeluar telefon pintar Xiaomi dan OPPO dikhabarkan sedang berusaha untuk menghasilkan cipset 5G mereka sendiri. Sumber mengatakan cipset 5G tersebut akan mula digunakan sebelum hujung tahun ini.

Selepas masalah yang dialami oleh HUAWEI dengan cipset Kirin, Xiaomi dan OPPO dilihat ingin mempelbagaikan bekalan cipset mereka. Mereka dikhabarkan akan bekerjasama dengan syarikat cipset Taiwan, Unisoc untuk penghasilan cipset tersebut.

Ini bukanlah cipset pertama yang dihasilkan oleh Xiaomi kerana sebelum ini mereka pernah menggunakan cipset Surge S1 buatan sendiri pada Xiaomi Mi 5c. Selepas itu, tiada berita mengenai cipset keluaran Xiaomi sehinggalah penggunaan cipset Surge C1 oleh kamera telefon lipat Mi Mix Fold yang dilancarkan beberapa hari lalu.

Cip ISP Mi Mix Fold, Surge C1

Adakah anda setuju dengan langkah yang dibuat oleh Xiaomi dan OPPO ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version