Site icon TechNave BM

Xiaomi dan realme sahkan penghasilan telefon pintar terjejas teruk kerana kekurangan cip

Masalah kekurangan cip elektronik adalah satu masalah yang serius pada tahun lepas memandangkan pandemik COVID-19 telah menjejaskan pengilangannya. Kini masalah tersebut bakal melarat ke 2021 dan beberapa jenama telefon pintar mungkin tidak dapat menghasilkan telefon yang banyak pada tahun ini.

Jenama elektronik Xiaomi mengatakan pemproses telefon bimbit mungkin boleh kehabisan stok pada tahun ini. Pengurus besar jenama Redmi Lu Weibing mengatakan cip tahun ini menghampiri kehabisan dan sangat kekurangan, beliau tidak menolak kemungkinan terhadap pengurangan bekalan telefon pada 2021.

Sementara itu, wakil realme pula berkata komponen kecil daripada syarikat semikonduktor Qualcomm semakin kehabisan stok, termasuklah bekalan tenaga dan peranti frekuensi radio. Rantai bekalan pengilangan telefon pintar yang bergantung kepada Qualcomm juga telah terjejas, dengan penghantaran komponen yang terpaksa ditunda sehingga 30 minggu.

Penganalisis industri teknologi mengatakan situasi ini mungkin akan berlarutan sehingga akhir tahun 2021. Dengan perkembangan rangkaian 5G, kenderaan elektrik, perkakasan Internet Pelbagai Benda (IoT) dan pelbagai peranti yang semakin canggih, permintaan untuk cip elektronik dalam semua industri akan meningkat.

Sebagai contoh, sebuah telefon 4G hanya mempunyai satu cip PMIC (power management integrated circuits) manakala telefon 5G memerlukan tiga cip PMIC. Ini membuatkan pengilangan sebuah telefon 5G memerlukan lebih banyak komponen dan akan menjejaskan produk lain di pasaran.

Walaupun begitu, tarikh pelancaran telefon pintar tidak akan berubah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version