Site icon TechNave BM

Xiaomi dikatakan sedang hasilkan telefon dengan skrin tiga lipatan

HUAWEI sedang membangunkan telefon pintar dengan skrin tiga lipatan tetapi mereka bukan satu-satunya syarikat yang berbuat demikian. Khabar angin mengatakan Xiaomi mungkin sedang menghasilkan telefon dengan konsep yang sama.

Peranti ini dijangka menjadi sebahagian daripada siri MIX dan prototaipnya mungkin ditunjukkan pada tahun depan semasa acara tahunan MWC. Namun, buat masa ini masih belum diketahui mengenai reka bentuk dan spesifikasi yang akan ditawarkan oleh Xiaomi pada peranti tersebut.

Jika Xiaomi benar-benar melancarkan telefon tiga lipatan, ini bermakna kita boleh menjangkakan perubahan ketara dalam segmen telefon boleh lipat yang akan diberikan inovasi dan teknologi yang lebih baik dalam mencipta pengalaman pengguna yang lebih inklusif.

Selain itu, telefon dengan skrin tiga lipatan daripada HUAWEI menjadi bualan ramai selepas ia digunakan oleh Pengurus HUAWEI, Ricard Yu dalam kapal terbang. Ia digunakan dalam mod terbuka dengan ketiga-tiga skrin juga terbuka. Lubang kamera pada skrin paling kiri dengan badan peranti yang agak nipis juga didedahkan.

Telefon tersebut juga agak serupa dengan reka bentuk prototaip yang ditunjukkan oleh TCL pada tahun 2020. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Playfuldroid

Exit mobile version