Site icon TechNave BM

Xiaomi juga dilapor rancang untuk hasilkan kereta

Selain berita mengenai HUAWEI dan Apple yang dilihat merancang untuk menceburi industri automobil, kini Xiaomi juga dilapor merancang untuk mengikut jejak HUAWEI dan Apple. Xiaomi dilapor merancang untuk masuk ke dunia automobil melalui penghasilan kereta jenamanya.

Menurut laporan, sudah terdapat pelbagai sumber yang mendakwa Xiaomi sedang merancang untuk membina kereta jenamanya. Namun, perancangan dan keputusan strategik masih lagi tidak diketahui. Tambah sumber, projek kereta Xiaomi bakal dikepalai oleh pengasas Xiaomi bersama CEO Lei Jun.

Terdapat pelbagai berita yang mengaitkan minat Xiaomi terhadap penghasilan kereta sendiri termasuklah mengenai Lei Jun yang pernah bertemu pengasas Tesla, Elon Musk pada 2013 lalu. Memandangkan kereta elektrik dan pintar juga semakin mendapat tempat di pasaran, tidak hairan jika Xiaomi benar-benar bakal mengeluarkan keretanya sendiri.

Apa pun, Xiaomi masih tidak memberi maklum balas mengenai dakwaan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version