Site icon TechNave BM

Xiaomi kalahkan Apple, sertai Samsung dan HUAWEI jadi jenama telefon teratas di dunia

Terkini, International Data Corporation (IDC) telah mengeluarkan laporan mengenai penghantaran (shipment) telefon pintar dan lima jenama teratas pada suku ketiga tahun 2020. Menurut laporan, Samsung masih mengungguli pada kedudukan teratas, disusuli dengan HUAWEI.

Apa yang menariknya, Xiaomi dilihat menjangkaui Apple dengan menduduki tempat ketiga. Biasanya, Apple, Samsung dan HUAWEI akan menduduki carta ketiga teratas dalam kategori penghantaran telefon pintar di seluruh dunia. Anda boleh melihat carta di bawah yang menunjukkan jumlah pengeluaran pada suku ketiga tahun 2020.

Secara keseluruhan, terdapat 353.6 juta telefon pintar telah dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini; bermula Julai hingga September 2020. Seperti yang terpapar, Samsung mengungguli carta dengan jumlah pengeluaran sebanyak 80.4 juta, disusuli dengan HUAWEI 51.4 juta, Xiaomi 46.5 juta dan Apple 41.6 juta.

Jenama lain dilihat berada di kedudukan seterusnya seperti vivo. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version