Site icon TechNave BM

Xiaomi kekalkan tempat pertama sebagai vendor telefon pintar teratas di Malaysia untuk Q3 2022

Canalys mengumumkan bahawa Xiaomi telah mendahului senarai vendor telefon pintar di Malaysia untuk Q3 2022. Menurut laporan Canalys, Xiaomi mengekalkan tempat pertama dalam senarai untuk suku kedua berturut-turut dengan 25% bahagian unit untuk penghantaran jual masuk.

Nicolas Shi, Pengurus Negara untuk Xiaomi Malaysia dan Singapura berkongsi mengatakan abhawa mereka bersyukur kerana menjadi vendor telefon pintar teratas di Malaysia pada suku ini, walaupun masa yang mencabar menjejaskan industri telefon pintar tahun ini. 

Mereka turut berterima kasih kepada ahli pasukan yang bekerja keras, semua peminat Xiaomi dan rakan kongsi perniagaan di Malaysia. Selain menyediakan telefon pintar dan produk AIoT yang inovatif, Xiaomi meneruskan usaha untuk memastikan peminat dan pengguna mendapat pengalaman yang hebat melalui tawaran perkhidmatan premium Xiaomi. 

Xiaomi baru-baru ini melancarkan Xiaomi 12T Series iaitu telefon pintar sistem pengimejan 200MP pertama di Malaysia. Bersama-sama dengan telefon pintar baharu dan produk AIoT, Xiaomi meneruskan momentum suku ini untuk menawarkan perkhidmatan premium kepada pengguna Malaysia untuk produknya termasuk jaminan lanjutan. 

Ketahui lebih lanjut di laman berita Xiaomi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version