Site icon TechNave BM

Xiaomi keluarkan logo MIUI 12

Pembina telefon pintar Xiaomi telah mengeluarkan logo MI User Interface (MIUI) 12, versi seterusnya dalam sistem pengoperasi (operating system) berasaskan Android khas yang dibuat oleh syarikat China itu dan pengganti kepada MIUI 11.

Syarikat itu telah memuat naik logo MIUI 12 di laman media sosial Weibo. Namun, tiada butiran lanjut disertakan bersama logo itu.

MIUI 11 telah dilancarkan kepada orang awam pada September lalu dan versi ROMnya yang stabil pula dikeluarkan pada bulan Oktober, jadi pengguna Xiaomi boleh menjangkakan MIUI 12 untuk dilancarkan dalam tempoh yang serupa pada tahun ini.

Masih tiada maklumat tentang pembaharuan yang akan dibawa oleh MIUI 12. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan Facebook kami untuk berita terkini tentang MIUI 12 dan lain-lain perkembangan dalam dunia telefon pintar.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version