Site icon TechNave BM

Xiaomi kini jenama telefon pintar terlaris di Malaysia

Menurut data yang diterbitkan oleh firma analysis industri teknologi Canalys, Xiaomi kini merupakan jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia, di mana ia mencapai jualan sebanyak 28% daripada seluruh jualan telefon tempatan pada suku pertama 2021.

Xiaomi berjaya mengalahkan vivo (21%), Samsung (17%), OPPO (14%) dan realme (8%). Suku pertama 2021 juga menyaksikan jualan Xiaomi Malaysia meningkat sebanyak 319% berbanding tahun lepas.

Sementara itu, Xiaomi juga berjaya mendapat jualan yang lebih tinggi di benua Eropah. Jenama China itu berjaya mendapat tempat kedua dalam senarai telefon pintar terlaris di Eropah buat kali pertama, mengalahkan Apple, OPPO dan HUAWEI. Dengan jualan sebanyak 23%, Xiaomi hanya kalah kepada Samsung yang mencapai jualan sebanyak 35%.

Peningkatan ini dipercayai kerana larangan dagangan HUAWEI yang menyukarkan jenama itu untuk menjual telefon pintar di luar China dan membuatkan telefon HUAWEI tidak layak untuk mengakses kemudahan Google Mobile Services (GMS).

Adakah anda seorang pemilik peranti Xiaomi? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Global Times

Exit mobile version