Site icon TechNave BM

Xiaomi kini syarikat 5G nombor satu di pasaran telefon pintar Android!

Walaiupun kebanyakan negara masih lagi dalam fasa awal untuk jaringan 5G atau masih belum mula, Xiaomi dilihat telah menjual sejumlah peranti 5G dan berjaya menjadi peneraju 5G di pasaran telefon pintar Android.

Mengikut statistik dari Strategy Analytics, syarikat teknologi China ini kini memegang pasaran telefon pintar 5G sebanyak 25.7%. Ia juga memberitahu bahawa Xiaomi telah menjual lebih 24 juta peranti 5G pada suku tahun tersebut melalui jenama Mi dan Redmi.

Salah satu sebab yang membolehkan Xiaomi mendapat pencapaian ini mungkin kerana harga peranti 5G mereka yang berpatutan. Jenama sub Redmi dilihat telah berjaya di dalam hal ini dan membawa Xiaomi untuk mengatasi syarikat lain.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Diterjemahkan dari TechNave

Exit mobile version