Site icon TechNave BM

Xiaomi kumpul statistik data pengguna hanya untuk tujuan analisis, bukan mengintip seperti yang didakwa

Terkini, Xiaomi tampil memberi penjelasan berikutan dakwaan yang dilemparkan ke atas jenama telefon pintar besar tersebut. Penjelasan ini telah dikongsikan melalui blog rasmi Xiaomi sebagai respons kepada dakwaan yang telah bangkit.

Baru-baru ini, seorang pengkaji keselamatan siber telah melaporkan bahawa Xiaomi mengumpul data peribadi daripada pengguna dan aplikasi pelayar web mereka. Forbes menyusuli berita tersebut dengan melaporkan bahawa terdapat jenama telefon pintar yang mengumpul data peribadi pengguna iaitu carian di pelayar web, butiran aplikasi yang digunakan dan fail yang dibuka melalui peranti.

Melalui penjelasan Xiaomi, data yang dikumpul melalui pengguna adalah berdasarkan keizinan pengguna. Statistik data gabungan penggunaan ini hanyalah untuk kegunaaan analisis dalaman. Ia tidak boleh digunakan untuk pengesanan maklumat peribadi individu dan identiti individu pengguna juga tidak dapat diketahui. Praktis ini adalah usaha yang dilakukan oleh semua syarikat internet untuk menambah baik pengalaman pengguna dan proses ini dilakukan secara sulit.

Keselamatan internet dan privasi pengguna adalah prinsip utama Xiaomi. Sebagai contoh, pengoperasion MIUI 12 turut memperketatkan kawalan keselamatan untuk pengguna. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNET

Exit mobile version