Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan alat legakan rinitis, resdung: Saiz kecil, fungsi fototerapi berharga ~RM186

Mungkin terdapat ramain individu yang terkesan akibat rinitis. Rinitis diklasifikasikan sebagai radang atau inflamasi membran mukus hidung. Untuk membantu melegakan rinitis dan resdung, Xiaomi Youpin telah melancarkan sebuah alat yang kompak dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Menurut Xiaomi, alat rawatan rinitis mudah alih ini adalah untuk para doktor. Laporan menyatakan bahawa alat laser rinitis ini mampu memancarkan cahaya laser 650nm untuk menyinari nasal untuk meluaskan salur darah. Kemudiannya, pengaliran darah juga lebih baik di mana ia menguatkan sel dan enzim, serta melegakan radang yang menyumbang kepada rinitis.

Alat yang dikenali sebagai Everbright Doctor Portable Rhinitis Laser Treatment Instrument ini juga diperakui sebagai alat perubatan Class II di mana ia boleh digunakan oleh golongan dewasa atau kanak-kanak.

Reka bentuknya yang ergonomik memudahkan penggunaan sekaligus memberi keselesaaan. Terdapat juga alat gantian tertentu yang boleh ditukar untuk mengelakkan infeksi. Alat ini dilengkapi cip kawalan MCY dan bateri litium 1000mAh yang mampu bertahan sehingga 11 jam.

Setakat ini, ia hanya dijual di pasaran China sahaja secara rasmi dengan harga 299 Yuan (~RM186) dan kami tidak ketahui sekiranya ia bakal hadir di pasaran Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version