Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan diari dengan ciri kunci guna cap jari dan slot storan berharga ~RM181

Xiaomi sememangnya terkenal dengan bukan sahaja telefon pintarnya, tetapi pelbagai barangan pintar. Sepertinya, Xiaomi boleh menukar apa sahaja jenis barangan menjadi barang pintar. Terkini, Xiaomi melancarkan diari dengan ciri teknologi menarik!

Sehingga kini, diari masih lagi digunakan secara manual seperti biasa. Risiko diari untuk dibaca oleh orang lain selalu ada. Xiaomi mungkin mempertimbangkan hal ini kerana terdapat ciri pengecaman cap jari. Anda boleh membuka diari dengan cap jari anda sepantas 0.5 saat sahaja.

Bukan setakat itu, terdapat juga slot storan untuk tujuan penyimpanan rakaman dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, terdapat port USB untuk pengecasan ciri cap jari tersebut dengan kapasiti bateri 160mAh, mampu bertahan sehingga 60 hari. Diari ini juga tidak perlu dibeli berulang kali memandangkan anda boleh menggantikan kertasnya sendiri.

Setakat ini, ia dijual di pasaran China sahaja dengan harga 299 Yuan (~RM181). Adakah diari ini akan selamat dari ancaman dibaca oleh orang lain? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version