Site icon TechNave BM

Xiaomi bakal lancarkan Mi Pad 5 Pro, miliki varian RAM 8GB dan storan 256GB

Xiaomi akan mengadakan acara pelancaran produknya pada 28 Disember di mana syarikat itu dijangka memperkenalkan telefon pintar siri Xiaomi 12 secara rasmi bersama MIUI 13. Gergasi teknologi China itu juga dijangka mengumumkan Mi Watch S1 baharu dan Mi True Wireless Earbuds 3.

Poster acahan terbaharu yang dikeluarkan menunjukkan syarikat itu juga akan memperkenalkan varian memori dan pilihan warna baharu sarung pelindung untuk papan kekunci bagi Mi Pad 5 Pro. Varian baharu Mi Pad 5 Pro didedahkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Mi Pad 5 Pro telah dilancarkan bersama Mi Pad 5 pada Ogos tahun ini selepas menunggu selama hampir 3 tahun. Mi Pad 5 Pro hadir dalam varian 5G dan 4G dengan varian 5G mendapat storan 8GB RAM dan 256GB. Versi Wi-Fi hanya tersedia dalam varian RAM 6GB dan 128GB atau 256GB storan dalaman.

Mi Pad 5 Pro varian Wi-Fi yang bakal dilancarkan akan hadir dengan pilihan storan RAM 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu, syarikat itu juga dijangka memperkenalkan varian warna baharu untuk sarung pelindung Mi Pad 5 yang turut berfungsi sebagai papan kekunci. Untuk spesifikasi lengkap Mi Pad 5, anda boleh klik di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version