Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan papan kekunci Bluetooth murah dan bakal digilai wanita dengan harga ~RM97

Jika anda sudah mengenali Xiaomi, anda pasti tahu Xiaomi bukan sahaja salah satu pelopor dalam pasaran telefon pintar, tetapi pasarannya lebih meluas. Terkini, Xiaomi melancarkan papan kekunci Bluetooth mini, MIIW Air 85 dengan dwi-mod bersama rekaan yang sangat menarik perhatian kami!

BPapan kekunci mini ini direka dengan 85 kekuncu tanpa pad nombor. Kami berpendapat bahawa pad kekunci yang berbentuk bulat adalah elemen utama yang membuatkan papan kekunci ini kelihatan menarik. Pilihan warna juga menambahkan lagi daya penarik papan kekunci ini. Menurut pandangan kami, reka bentuk sebegini disukai terutamanya oleh golongan wanita.

Untuk pengetahuan anda, papan kekunci Bluetooth ini berfungsi secara wayarles (memandangkan ianya hadir dengan Bluetooth). Sokongan dwi-mod membenarkan anda menghubungkan papan kekunci dengan komputer melalui penerima USB wayarles.

Papan kekunci ini boleh digunakan bersama Windows, macOS, Android dan juga iOS. Apa pun, setakat ini ianya cuma boleh didapati di China dengan harga 159 Yuan sahaja (lebih kurang ~RM97). Jika anda berminat, mungkin anda boleh cuba semak di Shopee atau Lazada. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version