Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan pengecas berdiri wayarles 80W: Boleh letak telefon menegak atau mendatar

29 Mac 2021 menjadi saksi hari pelancaran yang sibuk untuk Xiaomi. Xiaomi sekali lagi bakal menganjurkan acara pelancaran pada hari ini (30 Mac). Semalam, beberapa barisan produk termasuklah pengecas berdiri wayarles 80W sudah dilancarkan.

Sekali pandang, anda mungkin akan dibayangi pengecas Apple AirPower dari Apple yang masih tidak muncul di pasaran. Pengecas berdiri wayarles dari Xiaomi ini menyokong pengecasan pantas sehingga 80W. Untuk pengetahuan anda, Mi 11 Pro (hanya hadir di China) dan Mi 11 Ultra hanya menyokong cas pantas 67W, jadi pengecas ini akan menyokong peranti di masa hadapan sehingga 80W.

Menurut Xiaomi, pengecas unik ini memilik saluran udara untuk kecekapa pelesapan haba yang tinggi. Ia juga dilengkapi rekaan lingkaran berganda untuk membenarkan pengecasan berlaku sama ada telefon diletakkan secara menegak atau mendatar di atas pengecas berdiri. Sebagai tambahan, terdapat butang khas untuk anda mengawal kelajuan cas pantas sehingga 15%.

Di pasaran China, pengecas berdiri wayarles ini hadir dengan harga 499 Yuan (~RM314) bersama pengecas biasa 120W dalam kotak. Jadi, gabungan pengecas ini sebenarnya agak berpatutan. Namun, kami tidak pasti sama ada ia bakal dilancar di luar pasaran China atau tidak setakat ini.

Adakah anda berminat dengan pengecas berdiri wayarles ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknolgoi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version