Site icon TechNave BM

Xiaomi lancarkan Redmi 9A dan Redmi 9C di Malaysia, telefon kelas permulaan bermula RM359

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan Redmi 9A dan Redmi 9C, dua telefon kelas permulaan baharu yang dilengkapi paparan Dot Drop berukuran 6.53 inci dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Redmi 9A akan dijual pada harga RM359 manakala Redmi 9C pula dijual pada harga RM429.

Kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang hampir serupa, kecuali pada cipset dan kamera. Redmi 9A mempunyai satu sahaja kamera, manakala Redmi 9C mempunyai tiga kamera. Selain itu, Redmi 9A dilengkapi cipset MediaTek Helio G25, manakala Redmi 9C dilengkapi cipset MediaTek Helio G35.

Berikut adalah spesifikasi Redmi 9A dan Redmi 9C:

Redmi 9ARedmi 9C
PaparanSkrin Dot Drop HD+ 6.53 inciSkrin Dot Drop HD+ 6.53 inci
CipsetMediaTek Helio G25 2.0GHzMediaTek Helio G35 2.3GHz
RAM2GB2GB
Storan32GB, boleh dibesarkan sehingga 512GB32GB, boleh dibesarkan sehingga 512GB
KameraKamera utama 13MPKamera utama 13MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
Kamera hadapanKamera 5MPKamera 5MP
Bateri5,000mAh5,000mAh
Pengecasan10W10W
KeselamatanPengimbasan muka AIPengimbasan muka AI dan pengimbas cap jari di belakang
PenghubungmicroUSB, bicu audio 3.5mmmicroUSB, bicu audio 3.5mm
Sistem operasiMIUI 12 berdasarkan Android 10MIUI 12 berdasarkan Android 10
WarnaKelabu Granite Gray, hijau Peacock Green, biru Sky BlueKelabu Midnight Gray, jingga Sunrise Orange, biru Twilight Blue
Redmi 9A.
Redmi 9C.

Redmi 9A boleh dibeli di Lazada dan Shopee bermula Selasa, 7 Julai. Pembeli yang membelinya sewaktu kempen 7.7 pada hari tersebut boleh membelinya pada harga promosi RM319. Ia akan mula dijual di Authorised Mi Store bermula 14 Julai. Untuk Redmi 9C, masih tiada tarikh diberikan oleh pihak Xiaomi Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli mana-mana telefon Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version